Khamis, 22 Oktober 2009

CINTA KAMPUS: matlamat halalkan cara


Cinta Kampus: Matlamat Halalkan Cara




Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan dari ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh dari pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit dari dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh dari penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan ugama sebagai pasport untuk membuat kebaikan dari kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif.

Cinta siswa siswi senonimnya cinta anta anti.

Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?

MATLAMAT HALALKAN CARA

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah.

Khamis, 13 Ogos 2009

rupa paras islami

rupa paras islami

Apa yang penting di sini ialah, kita tak boleh menilai sesebuah persatuan dan individu itu berdasarkan rupa paras dan luarannya sahaja kerana Islam itu hadir dengan AMAL.

Beberapa buah pertubuhan pelajar Islam biasanya akan melakukan program-program tarbiyah, latihan kerohanian ke atas ahli-ahlinya. Inilah yang membezakan antara persatuan Islam dengan persatuan mendaki gunung dan kelab pencinta alam sekitar. Persatuan Islam menitikberatkan soal pembinaan rohani ahli-ahlinya.

Persatuan lain hanyalah lonjakan untuk mendapatkan 'pointer' PNGK dan CGPA. Selain itu, ia mungkin menjadi suatu alat tunggangan politik mahasiswa atau politikus luar dan ia menjadi perkakas untuk mendapatkan tajaan menyusun seminar.

Dalam banyak-banyak persatuan dan kelab di universiti, sememangnya persatuan Islam inilah yang paling aktif secara tak langsung dengan pelbagai kegiatan.

Seperti orang Islam yang baik, bukan sahaja namanya Islam, tetapi mestilah ada pengisian AMAL seperti solat, berpuasa, menunaikan zakat dan menunaikan fardhu haji selain menunaikan solat Tahajud

Kita bertanya begini kerana kononnya, jumlah keanggotaan ahli persatuan pelajar Islam yang berdaftar di bawah HEP itu ramai sekali; 15,000 jumlah keahliannya. Ini adalah sejumlah batalion besar yang boleh membuat perubahan dalaman jika semuanya hadir dalam usrah dan tamrin.

tarik tali dengan jamaah???

Assalaamu’alaikumu,,

Bila mana kita berada dalam jamaah ada jee.. istilah yang membuatkan kita berfikir. Seperti mana seorg sahabat mencadangkan ana merungkai apa yang sebenarnya dikatakan tarik tali dengan jamaah..Ana pun sebenarnya takut juga nk mengulas tetapi setakat pandanagn ana laa.. tak pasti sgt tetapi adalah berkomunikasi dengan sahabat dari kampus lain juga. Istilah itu sebenarnya penggunaan setempat dan tiada istilah khusus seperti futur. Sebenarnya tarik tali dengan jamaah ni seseorang dalam kondisisi atau situasi tidak faham dimana dan sebenarnya apa yang mereka mahu, mereka fikir dan kadangkala ke kiri dan ada kalanya ke kanan..mcm tarik tali juga lah kan..

Dan dia tak blh begitu rengang juga kerana dikhuatiri akan down. Seseorang yahg main tarik tali dengan jamaah ini kadang- kadang dia merasakan dirinya betul2 bersemangat dan bila mana bersemangat kerja pun cepatlah tetapi bila mana ia merasakan down atau sebagainya semua perkaa yang berkaitan dengan jamaah tidak ambil tahu..apa dah jadi sebenarnya???

Dalam diri kita bila mana kita rasa tiada kebersamaan dalam jemaah rasa itu akan menghakis sedikit demi sedikit kekuatan ukhuwah kita dalam jamaah dan akhirnya merasakan diri sebagai berseorangan.Hidup pun begitu juga kadang- kadang ada kala kita diatas dan adakala kita dibawah begitulah lumrah perjuangan dan juga keterikatan kita dalam jamaah..berapa banyak masa lagi yang kita perlu bagi pada mereka supaya tersedar dari lena dan kembali untuk bergerak semula. Disini yang paling penting sebelum melakukan apa2 ikhlaskan diri kita untuk bergerak.jangan ditanya sejauh mana mana sumbangan jemaah pada kita tetapi tanyalah pada diri kita sebanyak mana kita menyumbang untuk jamaah dan islam itu sendiri. Hanya diri kita sahaja yang membenarkan diri kita disakiti atau menjadi lemah.lemah blh diatasi dengan keterikatan kita dengan Allah dan juga sahabat seperjuangan.

Mungkin berlaku tarik tali dengan jamaah ada lah kerana mereka masih mencari indentiti dirinya sekarang.ana sayang pada semua sahabat- sahabt perjuangan ..dimana pegi nya GENG 11 dulu..sekarang semakin suram..yang tinggal hanhya berapa kerat. ana ingin merasakan kembali tautan itu yang mna ana rasa dahulu..mfkan diri ana jia ada yang membuat hari terasa. Ana yang sememangnya tidak layak utuk mencoret disini..tetapi rasa tanggungjawab itulah ana masih disini

a) Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille"

b) "Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus

asa,berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."

c) "Orang yang paling dicintai oleh ALLAH adalah orang yang paling berguna bagi

orang lain"

”Tidak ada seorang pun ketika Allah menciptakannya, kecuali pasti memiliki potensi menerima dan menolak. Apabila tidak memiliki bererti ia telah kehilangan dirinya, kehilangan rahsia kewujudannya. Ia seperti pohon kering yang daun

daunnya berguguran, tidak menghijau dan tidak hidup. Atau seperti pohon yang tidak berbuah, hidup tetapi seperti mati. Ia tidak punya pengaruh dalam kehidupannya kerana hanya dapat mengambil tetapi tidak dapat memberi”

Isnin, 11 Mei 2009

sahabat- sahabatku

Assalaamu’alaikum..

Semangat sahabat2 adalah semangat ku juga..melihat kesibuk mencari barang yang blh dijadikan asset di mana org lain asyik sedang tidur dibuai mimpi. Apabila melihat sahabat- sahabat ku tersa bersyukur kerana aku masih lagi istiqamah dalam perjuangan..kami lakukan apa yang tidak pernah terlintas difikiran kami sblum ni. Rasa ingin mengalirkan air mata melihat sahabat-sahabat. Kami turun dalam jam 2 pagi untuk mencari sesuatu yang boleh mambantu persatuan..sanggup turun semata2 untuk beri sumbangan walaupun sedikit kepada persatuan. Tidak tibul rasa penat , walaupun tersa tetapi hilang dek melihat ragam sahabt2 ku. Ana masih lagi bersama2 sahabat kerana sahabat adalah semangat ku. Dari tempat sampah yang dibuang sanggup di teroka tanpa menghiraukan malu dan segan. Ana yakin orang lain tak sanggup buat apa yang kita buat. Persatuan banyak mengajar diri kita kepada perubahan. Dalam pada masa orang tengah bersenang di rumah bersama keluarga tetapi kita disini sibuk memikirkan perancangan yang ingin digagaskan oleh setiap lajnah untuk kembangkan dakwa dalam persatuan dan masyarakat kampus ....sama- sama kita sentiasa berfikir.

Bersambung.......

Isnin, 13 April 2009

Semangat diri

Semoga kau merasai kemanisan...

meskipun hidup serab kepahitan,

Semoga Kau rehda meskipun manusia murka....

Semoga antara aku dan kau ada pemakmurnya,

Meskipun ada pemusnah antara aku dan dunia.

Jika benar kasih terhadapmu segalaNya mudah

Semua yang berada di atas tanah akan kembali ke tanah jua.

Realiti......

Realiti..........

Terlalu banyak ingin ku coret kan di blog ini tetapi tak terluah ku rasakan..persoalan... perlukah kita mempamerkan apa yang kita lakukan untuk diperlihatkan kepada orang lain ..barulah dikatakan kita ni buat keje.??? Walaupun niat kiat bukan sedemikian ttetpi penerima seseorang itu berbeza..kita plu melihat dari pelbagai sudut. Tepuk dada tanya iman sendiri. Kadang kita tak plu tgk pada org lain jika perkara tu ada pada diri kita cepat2 lah hakis..bg kita mungkin ia tidak merasakan tiada apa2 pun ttp mungkin penerimaan dan persepsi orang lain pada kita berbeza. Ana ada usrah bersama2 sahabat ana . Persoalan yang petama simbol apa yang blh kita letakkan pada diri kita untk mengambarkan itulah diri kita?? letak kan diri kita sebagai apa??.ada yang letak batu, hujan, angin, beg..semualah..untimgambrkan diri mereka.

Tetapi adakah kita ni betul-betul kenal diri kita dan juga untuk kita kenal sahabat..adakah cukup hnya sekadar kita makan tinggal bersama tetapi kita tak begitu kenal sahabat seperti yang kita semua inginkan..persoalan adakah kita datang usrah hanya untuk memenuhi jadual atau pun kita takut apada sesorgg??.Jgn ada sikap sperti ni yang blh merosakkan diri sendiri..

usrah yang berikutan berkaitan tentang sirah perjuangan ketika zama rasulullah dab]n juga slpas baginda..Tidak dinafikan ada diantara pengerak yang konon gelarkan diri nya pengerak tetapi tidak tahu bagaiamana uslub dakwah yang digunakan pada zaman rasulullah dan sahabat..kisah2 perjunganh rasulullah ada yang tahu dan tidak inilah yang berlaku sekarang. Tetapi nk mengerakkan dakwah itu sendiri..ana pun tersentak juga...rupa2 rupanya aku ni byk lagi plu diri ku cari dan pelajari semangat sahaja tidak akan bergerak jika tiada perancangan. Dalam 2, 3 hari ni ni kerapa kali didegar perkataan optimis..,optimis, optimis.

Optimis yang bagaiamana sebenarnya yang dimaksudkan ..???

adakah hnya otimis semata2 atau optimis yang berkesan..bagaimana untuk kita lakukan atau kita garapkan garapkan potimis kearah berkesan. Ya kita plu akui kadang2 ada yang tidak blh mengakui otimus kerana ada setengah yang berkata hnya pada bibir sahaja optimis tetapi untuk diperaktikkan dalam diri sukar..jgn tingal otimis yang hnya optimus..

optimis bukan sahaja dilihat lihat pada sudut negetatif itu salah !!blh ke kita caturkan untuk menjadikan optimis yang berkesan.Optimis yang berkesan salah satu lahir bila ada sikap keyakinan kita pada seserang. Perkongsian ini kami kongsi di suatu tempat yang kami sama2 impikan untuk bersama antara kami sahaja membincangkan perkara sesama kami tetapi tak semua yang ada pada waktu itu..terkilan juga lah. ttp kita plu optimis mungkin ada perkara yang menghalang. Dalam diri kita juga jangan terlalu bermain dgn emosi. Tetapi kita perlu ada untuk kearah itu walau pun sedikit2 tetapi istiqamah..dalam usrah jgn kita sempitkan hnya semata thaqafah ttp usrah ia bersifat kluarga..Kebersamaan kita mcm mna kita yang pilih.sahabt2 ana syg semua kalian.. ana tak pernah rasakan perasaan yang tak blh ana ungkap bila kita bersama dan berkumpul...Sekian.........

Selasa, 31 Mac 2009

kisahku bermula..

assalaamu'alaikum..


salam perjuangan untuk ahabat-sahabatku...
ketika diri ini menjejakkan kaki di universiti terasa ada sesuatu yang bakal aku sumbangkan walaupun memang sukar untuk ana jauh dgn kluarga..ttp Alah dah tetapkan ana di Labuan...ana redha..mugkin ada sesuatu di labuan yang ana tak tahu. tetapi aku tidak mengerti..hidup kita kdg2 kita pun tidak megetahui dan tidak memahami diri kita..jika matlamat hidup tidak ada untuk apa kita di hidupkan ..mungkin akan dihantr di labuan merupakan ada satu natijah yang blh ana pelajari. pengalaman mula2 masuk ana melihat sesuatu yang menarik perhatian iaitu stu baner iautu BADAR (Badan Dakwah Dan Kerohanian). ana mula terlibat dalam program badar pada waktu itu, dan tidak ada rasa bersendirian ..biasalah tak pnh jauh kan dgn mak ayah..kdg2 menagis jugalah dalam 2 minngu tu..manja kan..huhuhu..

tp tu dulu laa. ttp sekarg dah byk perubahan yang berlaku mungin disebabkan persekitaran an tekanan persekitaran sendiri untuk kita jadi lain dari orang lain. Di kampus jugaklah ana plajari semua erti pergorbanan dan jugak ukhuwah yang tak pnah akau perolehi di mana2. cukup manis yang tak blh aku lakarkan adalam blog ni..ana perlu mejadi org yang lain seperi bukan ana sebelum ni..di hina di benci oleh masyarakat kampus kan ...itu mendai madu bagi ana.....

tp tu dah jadi biasa bagi pendakwah kan..mcm mana kita kata kita beriman sedangkan kita tak diujikan?..

apa yang di lakukan untuk kebaikan pasti dipandang serong itu lumrah..mugkin lah orang semenanjung jika datang sabah laa..terutama labuan blh namapak begitu ketara masyarakat dan budaya mereka terutama dari klanatan mmg terkejut . Ana sendiri pun dari kelantan mmg byk kejutan budaya yang ana terima ttp bagaimana untuk kita bagi kesedaran pada mereka???? pastu persoalan.. adakah mereka yang tak mahu atau kita sendiri yang rasa kekuranagan ilmu untuk berdakwah..jka tuggu ada ilmu sampai bila untuk kita mula untuk buat amar makruh nahi mungkar dan juga mengajak ornag kearah kebaikan

...ILMU MMG PNTING...
cuba tany sapa ckp ilmu tak pntg ttp dalam kita berdakwah plu seiring lah dgn ilmu..
bila sy terlibat dengan gerak kerja Badar dan sebaliknya sy telah kehilangan seorang sahabat..itu mugkin ujianpada diri ana sendiri ..dulu ana lah tempat dia mengadu masalah ..ttp bila masuk thun 2 kami berpisah bilik dan hubungan kami tak begitu baik seperti dulu, tak rapat seperti dulu..ana rindu sgt pada pesahabatana dahulu..tp bila ana bagthu apa2 dan jugak bagi nasihat ..dia tak pduli sebab dia kata sy ni dah lupakan dia..tak blh bergaul dgn dia ..takut jdi mcm dia peragai..orang2 badar baik2 dia ckp...sy rasa nak menagis bila dengar dia berkata begitu ..ana kecewa begitu kerana dia jugak pnh jdi ahli badar ttp mugkin dari faktor kawn 2 yang menyebabakan dia terus lari kami.

ttetpi alhamdulillah Allah itu maha kuasa dan adil kurniakan sy 11 org sahabat yang bersama menyebarkan dakwah , susah ,senang, makan atau tak kami semua sama...jika tak cukup rasa tak lengkaplah bagi kami.itu lah ukhuwah kami sampai sekarg...timbullah dalam hati kecil ini berkata
ana melihat ana plu tinggal di labuan untuk bantu anak2 labuan dalam berkaitan dakwah kerana dakwah di labuan mmg kurang.. mereka memang dahagakan nya..kadang2 kita perlu korbankan kepentingan kita utuk masyarakat yang lbh memerlukan.... ada ana termasuk dalam blog seorang sahabat dan tertarik dengan satu statement:

“perlu utamakan "perlu dari "mahu"kekadang apa yang dimahukan itu perlu dikorbankan kerana ada sesuatu yang lebih perlu”

.walaupun sedikit sumbangan kita ttp ada jugak yang blh ana sumbang untuk rakyat labuan..mungkin dalam 7 thaun ana akan menetap di labuan..ttp sy tk thu adakah hasrat sy dapat ditunaikan kerana halangan dari keluarga ..stu sebb jauh!!!!!..

sy rasa plu untuk sy tinggal seketika di labuan kerana ada stu program dengan adik2 sekolah yang dinamakan KEM INTELEK MADANI..di situ lah sy nmpak dan dgr dengan jelas dari adik2 sendiri dari sesi muhasabah mereka..meeka menceritakan ada yang tidak pandai solat..tak puasa..dan ada juga kluarga yang tak kisah pun anak2 mereka solat ke tak ..apatah lagi yang ibadah lain..kesedaran dalam kluarga pun tiada?? bagaimana masa depan anak2 mereka..mereka ada minta untuk kami sentiasa buat program untuk mereka...kerana mereka rasa rindu dan terisi dan tak dapat dari luar benda tu semua..di sekolahl lagi lah pnekanan langsung tidak ada berkaiatan agama...jgn lah kita hnya mengkritik dan memberi pendapat tetapi tidak berusaha kearah itu..inilah jugak ulama2 skrg bercakap pandai ttp praktikal tidak ada sangat.

posisi kita dimana???

Kekadang posisi kita sebagai yang ditarbiyyah, maka pandangan kita adalah dari posisi kita. Kekadang posisi kita bertukar kepada pentarbiyyah, maka pandangan kita dari posisi pentarbiyyah. Hidup ini ibrat roda yang berputar. Posisi kita juga akan bertukar. Ketika itu kita akan memiliki kedua-dua pandangan mengikut posisi. Biar di manapun posisi kita, maka utamakanlah "perlu" dari "mahu".

Sememangnya tarbiyyah adalah ke"perlu"an, dan ianya berlawanan dengan ke"mahu"an hati kerana apa yang kita "mahu" mungkin tidak baik untuk kita. Akan tetapi, hakikatnya apa yang "perlu" itu lebih baik untuk kita. Sebagaimana firman Allah :

"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik untuk kamu" (al-Baqarah : 216)

Semoga Allah tetapkan kita dalam hidayahnya dan bersama perjuangan Islam sehingga akhir hayat. Aminn...

Isnin, 12 Januari 2009

tujuan tarbiyyah

Apa Tujuan Tarbiah



Apa tujuan tarbiah sebenarnya? Mungkin bila kita bertanyakan soalan ini, pelbagai jawapan yang akan timbul. Saya ada jawapan, anda pun ada jawapan. Jadi, apakah jawapan saya sahaja yang betul dan pandangan anda silap.

Mungkin ada orang kata tarbiah bertujuan membina diri dan menggilap potensi, serta menjaganya supaya tidak melalukan perkara yang merugikan. Orang politik mungkin kata tarbiah adalah untuk melahirkan politikus yang handalan. Takpelah, asalkan jangan melahirkan tikus-tikus yang berkeliaran sudah. Mungkin orang tarbawi melihat tarbiah dalam bentuk penyucian jiwa, pembersihan hati, melahirkan nuqaba’ dan orang yang cintakan usrah. Orang ekonomi pula melihat tarbiah perlu untuk melahirkan usahawan muslim yang Berjaya.

Semuanya betul, tak ada yang salahnya. Mungkin istilah terbaik boleh kita gunakan adalah, tarbiah adalah untuk melahirkan pakar. Pakar ekonomi, pakar nuqaba’, pakar kaunselor, pakar dalam bidang pendidikan, pakar politik, pakar pengurusan, dan macam-macamlah. Jangan jadi pakar pencuri sudah.

Tarbiah pada saya adalah juga bertujuan melahirkan orang yang mampu melakukan sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Saya berkongsi dengan beberapa sahabat, kalau saya bekerja dengan kerajaan, atau bekerja dengan syarikat swasta, atau bekerja dengan Jawi dan Jakim, atau menjadi pensyarah ayang ada usrahnya, maka kehidupan seperti itu adalah kehidupan yang biasa dan tidak mencabar. Saya mesti memilih kehidupan yang mencabar.

Lalu saya gagaskan kefahaman, dalam program tamrin, tempat tidur tidak penting, yang penting, dapat tidur. Masa makan tidak penting, yang penting adalah makan. Ceramah juga tidak penting, yang penting adalah kefahaman dan kesedaran.

kami merasakan pendekatan metode tarbiah dalam program juga perlu diubah. Jika kita ingin melahirkan pemidato yang berkarismatik, kita perlu tahu bahawa ada dua penghalang utama untuk menjadi pemidato berkarismatik, iaitu sifat malu dan tiada maklumat. Maklumat boleh dicari, tetapi bagaimana ingin memecahkan rasa malu yang menebal itu.

Ah, kita kira senang saja. Lempar sahaja peserta ke pasar malam, nah, kamu berceramah sorang-sorang di situ. Atau terus letakkan dia sebagai pengkuliah, atau berceramah di hadapan ribuan orang bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pasti selepas itu, jika kena dengan cara, dia akan jadi orang yang tidak senang hati jika tidak bercakap di khayalak.

Ya, tarbiah untuk melahirkan pakar. Ingat, bukan lagi melahirkan nuqaba’ dan meneruskan tradisi dulu yang tidak sudah-sudah, tetapi melahirkan pakar untuk memerintah negara, malah dunia.

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

kesedaran hamba

Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan
seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa
mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang
bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa
mengundang
kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah
mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang
dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh
dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang
ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak
sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan
teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak
berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi
kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah

Ahad, 11 Januari 2009

Pesanan ku...

Pesanan buat diri

Wahai diri,
jangan engkau merasa riak,
dengan kelebihan yang dianugerahkan kepadamu,
ingatlah akan firman Tuhan,
"Riak itu umpama tanah diatas batu licin yang ditimpa hujan"
sia-sia amalanmu angkara riak,
jangan engkau hampakan dirimu
bila berjumpa Tuhan kelak.

Wahai diri
ingatlah akan asal usul kejadianmu,
bermula dari seorang lelaki benama Adam dan wanita bernama Hawa,
jangan engkau berjalan di muka bumi Tuhan ini
dengan lagak bongkak,sombong lagi angkuh,
ingatlah engkau berasal dari setitis air yang hina.

Wahai diri,
ingatlah hakikat hidup ini,
kehidupan hari ini cuma sementara sahaja,
kita kan kembali mengadap Sang Pencipta,
kita akan dipersoalkan dengan tiap amanah yang diberi,
ingatlah kita didatangkan ke dunia ini
sebagai khalifah Allah dimuka bumi,
membawa amanah yang tak sanggup
dipikul oleh makhluk yang lain.

Wahai diri,
sampaikan risalah tuhan semampumu,
semoga engkau tidak berada dalam kerugiaan,
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian
kecuali orang yang beramal soleh dan saling nasihat-menasihati
dengan kebenaran dan juga kesabaran"
Dan wahai diri ingatlah,
jangan engkau berkehendakan kebaikan hanya keatas orang lain
tapi tidak pada dirimu sendiri,
jangan sampai kelak engkau merana meratapinya,
ingatlah pesan Tuhan
"patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan
sedangkan kamu lupa akan dirimu sendiri(Al-Baqarah:44)"

Wahai diri,
ingatlah akan pesan rasulmu,
ingatlah perjuangannya menegakkan kalam Allah,
ingatlah akan pesannya supaya kita mendirikan solat,
kerana itulah bezanya kita muslim atau musyrik,
ingatlah pesan rasul supaya kita berpegang teguh
kepada Al-Quran dan Al-sunnah supaya kita tidak tersesat.

Wahai diri
ayuhlah kita bangkit,
bangkit dari belengu kemalasan,
belengu kealpaan,
belengu hawa nafsu yang tak pernah puas,
bangkitlah wahai diri!!!