Khamis, 13 Ogos 2009

rupa paras islami

rupa paras islami

Apa yang penting di sini ialah, kita tak boleh menilai sesebuah persatuan dan individu itu berdasarkan rupa paras dan luarannya sahaja kerana Islam itu hadir dengan AMAL.

Beberapa buah pertubuhan pelajar Islam biasanya akan melakukan program-program tarbiyah, latihan kerohanian ke atas ahli-ahlinya. Inilah yang membezakan antara persatuan Islam dengan persatuan mendaki gunung dan kelab pencinta alam sekitar. Persatuan Islam menitikberatkan soal pembinaan rohani ahli-ahlinya.

Persatuan lain hanyalah lonjakan untuk mendapatkan 'pointer' PNGK dan CGPA. Selain itu, ia mungkin menjadi suatu alat tunggangan politik mahasiswa atau politikus luar dan ia menjadi perkakas untuk mendapatkan tajaan menyusun seminar.

Dalam banyak-banyak persatuan dan kelab di universiti, sememangnya persatuan Islam inilah yang paling aktif secara tak langsung dengan pelbagai kegiatan.

Seperti orang Islam yang baik, bukan sahaja namanya Islam, tetapi mestilah ada pengisian AMAL seperti solat, berpuasa, menunaikan zakat dan menunaikan fardhu haji selain menunaikan solat Tahajud

Kita bertanya begini kerana kononnya, jumlah keanggotaan ahli persatuan pelajar Islam yang berdaftar di bawah HEP itu ramai sekali; 15,000 jumlah keahliannya. Ini adalah sejumlah batalion besar yang boleh membuat perubahan dalaman jika semuanya hadir dalam usrah dan tamrin.

0 comments: