Selasa, 31 Mac 2009

kisahku bermula..

assalaamu'alaikum..


salam perjuangan untuk ahabat-sahabatku...
ketika diri ini menjejakkan kaki di universiti terasa ada sesuatu yang bakal aku sumbangkan walaupun memang sukar untuk ana jauh dgn kluarga..ttp Alah dah tetapkan ana di Labuan...ana redha..mugkin ada sesuatu di labuan yang ana tak tahu. tetapi aku tidak mengerti..hidup kita kdg2 kita pun tidak megetahui dan tidak memahami diri kita..jika matlamat hidup tidak ada untuk apa kita di hidupkan ..mungkin akan dihantr di labuan merupakan ada satu natijah yang blh ana pelajari. pengalaman mula2 masuk ana melihat sesuatu yang menarik perhatian iaitu stu baner iautu BADAR (Badan Dakwah Dan Kerohanian). ana mula terlibat dalam program badar pada waktu itu, dan tidak ada rasa bersendirian ..biasalah tak pnh jauh kan dgn mak ayah..kdg2 menagis jugalah dalam 2 minngu tu..manja kan..huhuhu..

tp tu dulu laa. ttp sekarg dah byk perubahan yang berlaku mungin disebabkan persekitaran an tekanan persekitaran sendiri untuk kita jadi lain dari orang lain. Di kampus jugaklah ana plajari semua erti pergorbanan dan jugak ukhuwah yang tak pnah akau perolehi di mana2. cukup manis yang tak blh aku lakarkan adalam blog ni..ana perlu mejadi org yang lain seperi bukan ana sebelum ni..di hina di benci oleh masyarakat kampus kan ...itu mendai madu bagi ana.....

tp tu dah jadi biasa bagi pendakwah kan..mcm mana kita kata kita beriman sedangkan kita tak diujikan?..

apa yang di lakukan untuk kebaikan pasti dipandang serong itu lumrah..mugkin lah orang semenanjung jika datang sabah laa..terutama labuan blh namapak begitu ketara masyarakat dan budaya mereka terutama dari klanatan mmg terkejut . Ana sendiri pun dari kelantan mmg byk kejutan budaya yang ana terima ttp bagaimana untuk kita bagi kesedaran pada mereka???? pastu persoalan.. adakah mereka yang tak mahu atau kita sendiri yang rasa kekuranagan ilmu untuk berdakwah..jka tuggu ada ilmu sampai bila untuk kita mula untuk buat amar makruh nahi mungkar dan juga mengajak ornag kearah kebaikan

...ILMU MMG PNTING...
cuba tany sapa ckp ilmu tak pntg ttp dalam kita berdakwah plu seiring lah dgn ilmu..
bila sy terlibat dengan gerak kerja Badar dan sebaliknya sy telah kehilangan seorang sahabat..itu mugkin ujianpada diri ana sendiri ..dulu ana lah tempat dia mengadu masalah ..ttp bila masuk thun 2 kami berpisah bilik dan hubungan kami tak begitu baik seperti dulu, tak rapat seperti dulu..ana rindu sgt pada pesahabatana dahulu..tp bila ana bagthu apa2 dan jugak bagi nasihat ..dia tak pduli sebab dia kata sy ni dah lupakan dia..tak blh bergaul dgn dia ..takut jdi mcm dia peragai..orang2 badar baik2 dia ckp...sy rasa nak menagis bila dengar dia berkata begitu ..ana kecewa begitu kerana dia jugak pnh jdi ahli badar ttp mugkin dari faktor kawn 2 yang menyebabakan dia terus lari kami.

ttetpi alhamdulillah Allah itu maha kuasa dan adil kurniakan sy 11 org sahabat yang bersama menyebarkan dakwah , susah ,senang, makan atau tak kami semua sama...jika tak cukup rasa tak lengkaplah bagi kami.itu lah ukhuwah kami sampai sekarg...timbullah dalam hati kecil ini berkata
ana melihat ana plu tinggal di labuan untuk bantu anak2 labuan dalam berkaitan dakwah kerana dakwah di labuan mmg kurang.. mereka memang dahagakan nya..kadang2 kita perlu korbankan kepentingan kita utuk masyarakat yang lbh memerlukan.... ada ana termasuk dalam blog seorang sahabat dan tertarik dengan satu statement:

“perlu utamakan "perlu dari "mahu"kekadang apa yang dimahukan itu perlu dikorbankan kerana ada sesuatu yang lebih perlu”

.walaupun sedikit sumbangan kita ttp ada jugak yang blh ana sumbang untuk rakyat labuan..mungkin dalam 7 thaun ana akan menetap di labuan..ttp sy tk thu adakah hasrat sy dapat ditunaikan kerana halangan dari keluarga ..stu sebb jauh!!!!!..

sy rasa plu untuk sy tinggal seketika di labuan kerana ada stu program dengan adik2 sekolah yang dinamakan KEM INTELEK MADANI..di situ lah sy nmpak dan dgr dengan jelas dari adik2 sendiri dari sesi muhasabah mereka..meeka menceritakan ada yang tidak pandai solat..tak puasa..dan ada juga kluarga yang tak kisah pun anak2 mereka solat ke tak ..apatah lagi yang ibadah lain..kesedaran dalam kluarga pun tiada?? bagaimana masa depan anak2 mereka..mereka ada minta untuk kami sentiasa buat program untuk mereka...kerana mereka rasa rindu dan terisi dan tak dapat dari luar benda tu semua..di sekolahl lagi lah pnekanan langsung tidak ada berkaiatan agama...jgn lah kita hnya mengkritik dan memberi pendapat tetapi tidak berusaha kearah itu..inilah jugak ulama2 skrg bercakap pandai ttp praktikal tidak ada sangat.

posisi kita dimana???

Kekadang posisi kita sebagai yang ditarbiyyah, maka pandangan kita adalah dari posisi kita. Kekadang posisi kita bertukar kepada pentarbiyyah, maka pandangan kita dari posisi pentarbiyyah. Hidup ini ibrat roda yang berputar. Posisi kita juga akan bertukar. Ketika itu kita akan memiliki kedua-dua pandangan mengikut posisi. Biar di manapun posisi kita, maka utamakanlah "perlu" dari "mahu".

Sememangnya tarbiyyah adalah ke"perlu"an, dan ianya berlawanan dengan ke"mahu"an hati kerana apa yang kita "mahu" mungkin tidak baik untuk kita. Akan tetapi, hakikatnya apa yang "perlu" itu lebih baik untuk kita. Sebagaimana firman Allah :

"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik untuk kamu" (al-Baqarah : 216)

Semoga Allah tetapkan kita dalam hidayahnya dan bersama perjuangan Islam sehingga akhir hayat. Aminn...