Khamis, 13 Ogos 2009

rupa paras islami

rupa paras islami

Apa yang penting di sini ialah, kita tak boleh menilai sesebuah persatuan dan individu itu berdasarkan rupa paras dan luarannya sahaja kerana Islam itu hadir dengan AMAL.

Beberapa buah pertubuhan pelajar Islam biasanya akan melakukan program-program tarbiyah, latihan kerohanian ke atas ahli-ahlinya. Inilah yang membezakan antara persatuan Islam dengan persatuan mendaki gunung dan kelab pencinta alam sekitar. Persatuan Islam menitikberatkan soal pembinaan rohani ahli-ahlinya.

Persatuan lain hanyalah lonjakan untuk mendapatkan 'pointer' PNGK dan CGPA. Selain itu, ia mungkin menjadi suatu alat tunggangan politik mahasiswa atau politikus luar dan ia menjadi perkakas untuk mendapatkan tajaan menyusun seminar.

Dalam banyak-banyak persatuan dan kelab di universiti, sememangnya persatuan Islam inilah yang paling aktif secara tak langsung dengan pelbagai kegiatan.

Seperti orang Islam yang baik, bukan sahaja namanya Islam, tetapi mestilah ada pengisian AMAL seperti solat, berpuasa, menunaikan zakat dan menunaikan fardhu haji selain menunaikan solat Tahajud

Kita bertanya begini kerana kononnya, jumlah keanggotaan ahli persatuan pelajar Islam yang berdaftar di bawah HEP itu ramai sekali; 15,000 jumlah keahliannya. Ini adalah sejumlah batalion besar yang boleh membuat perubahan dalaman jika semuanya hadir dalam usrah dan tamrin.

tarik tali dengan jamaah???

Assalaamu’alaikumu,,

Bila mana kita berada dalam jamaah ada jee.. istilah yang membuatkan kita berfikir. Seperti mana seorg sahabat mencadangkan ana merungkai apa yang sebenarnya dikatakan tarik tali dengan jamaah..Ana pun sebenarnya takut juga nk mengulas tetapi setakat pandanagn ana laa.. tak pasti sgt tetapi adalah berkomunikasi dengan sahabat dari kampus lain juga. Istilah itu sebenarnya penggunaan setempat dan tiada istilah khusus seperti futur. Sebenarnya tarik tali dengan jamaah ni seseorang dalam kondisisi atau situasi tidak faham dimana dan sebenarnya apa yang mereka mahu, mereka fikir dan kadangkala ke kiri dan ada kalanya ke kanan..mcm tarik tali juga lah kan..

Dan dia tak blh begitu rengang juga kerana dikhuatiri akan down. Seseorang yahg main tarik tali dengan jamaah ini kadang- kadang dia merasakan dirinya betul2 bersemangat dan bila mana bersemangat kerja pun cepatlah tetapi bila mana ia merasakan down atau sebagainya semua perkaa yang berkaitan dengan jamaah tidak ambil tahu..apa dah jadi sebenarnya???

Dalam diri kita bila mana kita rasa tiada kebersamaan dalam jemaah rasa itu akan menghakis sedikit demi sedikit kekuatan ukhuwah kita dalam jamaah dan akhirnya merasakan diri sebagai berseorangan.Hidup pun begitu juga kadang- kadang ada kala kita diatas dan adakala kita dibawah begitulah lumrah perjuangan dan juga keterikatan kita dalam jamaah..berapa banyak masa lagi yang kita perlu bagi pada mereka supaya tersedar dari lena dan kembali untuk bergerak semula. Disini yang paling penting sebelum melakukan apa2 ikhlaskan diri kita untuk bergerak.jangan ditanya sejauh mana mana sumbangan jemaah pada kita tetapi tanyalah pada diri kita sebanyak mana kita menyumbang untuk jamaah dan islam itu sendiri. Hanya diri kita sahaja yang membenarkan diri kita disakiti atau menjadi lemah.lemah blh diatasi dengan keterikatan kita dengan Allah dan juga sahabat seperjuangan.

Mungkin berlaku tarik tali dengan jamaah ada lah kerana mereka masih mencari indentiti dirinya sekarang.ana sayang pada semua sahabat- sahabt perjuangan ..dimana pegi nya GENG 11 dulu..sekarang semakin suram..yang tinggal hanhya berapa kerat. ana ingin merasakan kembali tautan itu yang mna ana rasa dahulu..mfkan diri ana jia ada yang membuat hari terasa. Ana yang sememangnya tidak layak utuk mencoret disini..tetapi rasa tanggungjawab itulah ana masih disini

a) Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille"

b) "Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus

asa,berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."

c) "Orang yang paling dicintai oleh ALLAH adalah orang yang paling berguna bagi

orang lain"

”Tidak ada seorang pun ketika Allah menciptakannya, kecuali pasti memiliki potensi menerima dan menolak. Apabila tidak memiliki bererti ia telah kehilangan dirinya, kehilangan rahsia kewujudannya. Ia seperti pohon kering yang daun

daunnya berguguran, tidak menghijau dan tidak hidup. Atau seperti pohon yang tidak berbuah, hidup tetapi seperti mati. Ia tidak punya pengaruh dalam kehidupannya kerana hanya dapat mengambil tetapi tidak dapat memberi”