Isnin, 12 Januari 2009

tujuan tarbiyyah

Apa Tujuan Tarbiah



Apa tujuan tarbiah sebenarnya? Mungkin bila kita bertanyakan soalan ini, pelbagai jawapan yang akan timbul. Saya ada jawapan, anda pun ada jawapan. Jadi, apakah jawapan saya sahaja yang betul dan pandangan anda silap.

Mungkin ada orang kata tarbiah bertujuan membina diri dan menggilap potensi, serta menjaganya supaya tidak melalukan perkara yang merugikan. Orang politik mungkin kata tarbiah adalah untuk melahirkan politikus yang handalan. Takpelah, asalkan jangan melahirkan tikus-tikus yang berkeliaran sudah. Mungkin orang tarbawi melihat tarbiah dalam bentuk penyucian jiwa, pembersihan hati, melahirkan nuqaba’ dan orang yang cintakan usrah. Orang ekonomi pula melihat tarbiah perlu untuk melahirkan usahawan muslim yang Berjaya.

Semuanya betul, tak ada yang salahnya. Mungkin istilah terbaik boleh kita gunakan adalah, tarbiah adalah untuk melahirkan pakar. Pakar ekonomi, pakar nuqaba’, pakar kaunselor, pakar dalam bidang pendidikan, pakar politik, pakar pengurusan, dan macam-macamlah. Jangan jadi pakar pencuri sudah.

Tarbiah pada saya adalah juga bertujuan melahirkan orang yang mampu melakukan sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Saya berkongsi dengan beberapa sahabat, kalau saya bekerja dengan kerajaan, atau bekerja dengan syarikat swasta, atau bekerja dengan Jawi dan Jakim, atau menjadi pensyarah ayang ada usrahnya, maka kehidupan seperti itu adalah kehidupan yang biasa dan tidak mencabar. Saya mesti memilih kehidupan yang mencabar.

Lalu saya gagaskan kefahaman, dalam program tamrin, tempat tidur tidak penting, yang penting, dapat tidur. Masa makan tidak penting, yang penting adalah makan. Ceramah juga tidak penting, yang penting adalah kefahaman dan kesedaran.

kami merasakan pendekatan metode tarbiah dalam program juga perlu diubah. Jika kita ingin melahirkan pemidato yang berkarismatik, kita perlu tahu bahawa ada dua penghalang utama untuk menjadi pemidato berkarismatik, iaitu sifat malu dan tiada maklumat. Maklumat boleh dicari, tetapi bagaimana ingin memecahkan rasa malu yang menebal itu.

Ah, kita kira senang saja. Lempar sahaja peserta ke pasar malam, nah, kamu berceramah sorang-sorang di situ. Atau terus letakkan dia sebagai pengkuliah, atau berceramah di hadapan ribuan orang bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pasti selepas itu, jika kena dengan cara, dia akan jadi orang yang tidak senang hati jika tidak bercakap di khayalak.

Ya, tarbiah untuk melahirkan pakar. Ingat, bukan lagi melahirkan nuqaba’ dan meneruskan tradisi dulu yang tidak sudah-sudah, tetapi melahirkan pakar untuk memerintah negara, malah dunia.

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

0 comments: